Followers

Home » » Gua Kristal Raksasa (Mexico)

Gua Kristal Raksasa (Mexico)

Bumi yang kita huni ini mempunyai berjuta keindahan, tidak hanya di permukaan, tetapi juga dalam isi perutnya. Hal ini boleh kita temui di sebuah gua di bawah Gurun Chihuahua, Mexico. Keistimewaan gua ini ialah ianya merupakan sebuah gua kristal yang bersaiz besar. 


Tidak kurang dari 170 kristal raksasa yang menjulang di dalam gua bawah tanah tersebut. Keadaan ini sama seperti penggambaran Krypton, planet asal superhero superman


Ukuran Kristal yang terbesar sebanding dengan jumlah ketinggian enam orang sekaligus. Selain mempunyai tiang Kristal yang bersaiz besar. Gua yang berada di kedalaman 305 meter di bawah permukaan bumi itu juga dihiasi batu-batu Kristal tajam di dindingnya.


Gua Kristal tersebut terbentuk dari air tanah yang mengandungi kalsium sulfat. Aliran magma 1.6 km di bawahnya menyebabkan kalsium sulfat itu membeku menjadi kristal


Akibat proses yang berlaku jutaan tahun dahulu, maka terjadilah gua Kristal di gurun Mexico. Walapun tiang-tiang Kristal di dalam gua itu menyerupai bongkah ais, tetapi suhunya adalah sebaliknya. Menurut Daily Mail suhu di dalam gua itu mencapai 44.4 darjah selsius dengan kelembapan 1 peratus. Kerana itu pengkaji yang turun ke gua itu mesti dilengkapi pakaian khusus dan kelengkapan untuk menyejukkan badan.


Kristal yang menarik dan bernilai tinggi ini pasti menarik ramai orang untuk mencurinya. Tetapi mengingatkan kedalamannya yang mengambil masa sekitar 20 minit untuk sampai ke gua tersebut menyebabkan mereka berfikir banyak kali untuk mencurinya. Lagipun, kini gua itu dilapisi pintu besi bagi tujuan untuk menjaga tekstur Kristal tersebut.


VIDEO


Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. LURIM INFO - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger