Followers

Home » » 5 TIPS BAGAIMANA MEMBINA NOTA TERIMA KASIH KHAS UNTUK IBU ANDA

5 TIPS BAGAIMANA MEMBINA NOTA TERIMA KASIH KHAS UNTUK IBU ANDA

untuk ruang motivasi di kali ini saya ingin kongsikan sedikit tips bagaimana cara untuk anda mengucapkan terima kasih buat insan yang paling-paling bermakna dalam hidup kita, ibu kita...


Caranya, bina sebuah Nota Terima Kasih untuk ibu. Mesti tak pernah buat sebelum ni, kan?. Berikut diterangkan cara bagaimana membina Nota Terima Kasih ni:

1. Terus Dari Hati.

Pada ruang tajuk, tuliskan “Nota terima kasih dari (letak nama Anda di sini) untuk ibu tersayang”. Jika Anda menggunakan panggilan berlainan untuk ibu Anda seperti mak, mummy, ummi atau mom, masukkannya di sebagai pengganti perkataan ‘ibu’ di dalam tajuk. Sebagai contoh, jika nama Anda Qistina dan nama manja Anda adalah Qis, letak tajuk nota Anda seperti ini: “Nota terima kasih dari Qis buat mak tersayang”. Tulis secara spontan, terus dari hati. Bayangkan ibu Anda saat Anda menulis ketika ni.

2.Mukaddimah Pembuka Bicara.

Kat bawah tajuk, tulis perkataan pembuka berbunyi “saya berterima kasih pada ibu kerana….” ataupun “saya berterima kasih pada mak kerana…” atau “saya sayang mak kerana…” Senaraikan sekurang-kurangnya 7 jasa ibu Anda pada Anda. Hargainya di dalam hari kemudian ucapkan terima kasih padanya melalui tulisan. Berikut adalah contoh untuk panduan Anda:

Qis nak ucap terima kasih pada mak kerana..
  1. Mak setia sediakan sarapan pagi untuk ayah, Qis dan kami semua tanpa pernah ada cuti.
  2. Mak beri Qis peluang untuk bersekolah dan belajar hingga menjadikan Qis insan yang mak lihat seperti hari ini.
  3. Mak ambil berat pada Qis dalam apa jua keadaan dengan sepenuh perhatian.
  4. Mak tabah mengajar Qis erti hidup, walau sedegil manapun Qis.
  5. Hidup kita sekeluarga serba serbi sederhana, mak sentiasa masak makanan secukupnya untuk santapan kita sekeluarga.
  6. Masa kecil, mak memukul kerana mak sayang Qis, dari situ Qis tahu apa yang salah, apa yang betul. Terima kasih mak.
  7. Mak lahirkan Qis ke dunia, mak jaga Qis berbelas tahun lamannya, dari kecil sampaikah sekarang ni. Semua itu mak buat dengan penuh tanggungjawab. Tiada lain yang Qis nak ucapkan, hanyalah terima kasih mak! Qis sayang mak.

3.Hadirkan kasih ibu di dalam hati.

Saat Anda menulis kata-kata penghargaan buat ibu tersayang, rasai kasih sayang yang hadir di dalam hati. Tutup mata, nikmati feel mengucapkan rasa berterima kasih padanya seolah-olah dia ada di depan Anda.

4.Keep it simple!

Tujuan utama nota terima kasih ni dibuat adalah untuk menghargai hargai jasa ibu, selagi dia masih bernyawa, selagi kita masih boleh mendengar suaranya. Tujuan kedua, ia di bina untuk merubah emosi Anda menjadi lebih positif supaya sentiasa bersemangat, energetik jadinya. Menulis nota penghargaan buat ibu membuat emosi Anda berubah jadi positif kerana hadirnya pancaran kasih sayang ibu di hati Anda. Jadikan ia ringkas, supaya selesa untuk dibaca oleh si penerima (ibu Anda).

5.Bila dah siap, berikan nota terima kasih ni secara ‘suprprise’

Pastikan suasana persekitaran tenang supaya hatinya tersentuh saat membaca tulisan Anda dalam nota ini. Saat terbaik adalah ketika dia bersendirian atau ketika dia nak masuk tidur. Gunakan kreativiti ketika menyampaikan nota ni, gunakan sampul surat atau simply nota “post it notes”. Jangan gunakan sms, sebab matlamat kita adalah untuk membuat kejutan buat si ibu tersayang.

Sumber : Imotivasi.com
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. LURIM INFO - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger